Premium
P&G labur $140j bentuk pusat inovasi S'pura
Apr 19, 2017 | 5:30 AM
GUNAKAN ANALITIK DATA: Encik Iswaran (kanan) melihat skrin yang menunjukkan analitik data di Pusat-E Singapura P&G. - Foto ZAOBAO -
SYARIKAT pengeluar barangan pengguna Amerika Syarikat, Procter & Gamble (P&G), berkata mereka akan melaburkan AS$100 juta ($139.8 juta) sepanjang lima tahun mendatang bagi membentuk pusat inovasi digital pertama di Singapura, hasil kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).
Langkah itu membuktikan komitmen P&G di Singapura dan bermatlamat mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai pusat e-dagang dan digital dunia.

