Ekonomi China tumbuh hanya 6.9%, terendah dalam 25 tahun
Premium
Ekonomi China tumbuh hanya 6.9%, terendah dalam 25 tahun
Jan 20, 2016 | 5:30 AM
EKONOMI SEMAKIN LEMBAP: Pekerja di kilang Etron Electronic di Suzhou sedang sibuk menyiapkan tempahan. China kini dibelenggu kelemahan ekonomi, yang dibebani eksport yang lemah, lebihan kapasiti pengeluaran pengilangan, pasaran hartanah yang lembap dan paras hutang yang tinggi. - Foto REUTERS -
BEIJING: Ekonomi China mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus bagi suku keempat 2015 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menepati jangkaan ia berada pada paras paling lembap sejak tercetusnya krisis kewangan global.
Data itu meletakkan Beijing dalam keadaan tertekan dan 'memaksanya' melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan selepas kejatuhan prestasi ekonominya menimbulkan panik di kalangan pelabur.

