Premium
Ekonomi global dijangka kuncup 3% tahun ini: IMF
Apr 16, 2020 | 5:30 AM
KESAN COVID-19: Keadaan lengang di daerah kewangan La Defense di Paris akibat langkah sekatan mencegah Covid-19. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan Ekonomi zon Euro dijangka menguncup 7.5 peratus secara keseluruhan. Ekonomi Perancis misalnya dijangka menguncup 7.2 peratus. Namun IMF berkata rantau Asia merupakan satu-satunya rantau yang dijangka menikmati pertumbuhan ekonomi tahun ini. - Foto AFP -
WASHINGTON: Ekonomi akan mengalami kemelesetan paling buruk berbanding Zaman Kemelesetan 1930-an dan krisis kewangan sejagat 2009 akibat pandemik Covid-19, kata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam.
Ekonomi dijangka menguncup 3 peratus tahun ini disebabkan penularan Covid-19 yang meruntuhkan kegiatan ekonomi.

