Premium
Ekonomi M'sia tumbuh pantas 8.7% pada 2022
Feb 11, 2023 | 5:30 AM
TERBAIK DI ASIA: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun sejak 2000 apabila berkembang pantas 8.7 peratus pada 2022. - Foto REUTERS -
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun sejak 2000 apabila berkembang pantas 8.7 peratus pada 2022, sekali gus pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia.
Pada suku terakhir 2022, ekonomi Malaysia berkembang 7.0 peratus, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, sekali gus menyokong pertumbuhan bagi keseluruhan tahun lalu mengatasi unjuran awal sekitar 6.5 peratus hingga 7.0 peratus, lapor Berita Harian Malaysia semalam.

