NTUC, e2i lancar inisiatif latihan untuk PMET sektor marin, luar pesisir
Premium
NTUC, e2i lancar inisiatif latihan untuk PMET sektor marin, luar pesisir
Rangka Kerja Persediaan Digital yang bertujuan bimbing syarikat dan pekerja raih kemahiran digital antara strategi latihan
Dec 4, 2018 | 5:30 AM
TERBANG DRON: Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng (dua dari kanan), cuba menerbangkan dron di reruai NTUC Learning Hub di acara Minggu Marin semalam. Bersama beliau ialah (dari kiri) pengerusi kelompok kejuruteraan NTUC, Encik Tommy Goh; Pengarah Asia Pasific Institut Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Marin (IMarEST), Encik David Kelly; Presiden Persatuan Industri Marin Singapura (ASMI), Encik Abu Bakar Mohd Nor; dan Pengurus Jualan NTUC Learning Hub, Encik Roy Chin. - Foto THE STRAITS TIMES -
SERAMAI 1,000 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dari sektor marin dan luar pesisir boleh menjangkakan pelbagai inisiatif latihan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran dan kecekapan pekerja.
Ini sedang Kelompok Kejuruteraan Marin Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) memperkenalkan inisiatif utama di bawah Perancangan Perubahan Industri (ITM) untuk pekerja marin.

