RAMALAN ekonomi Singapura bagi 2018 kekal positif meskipun terdapat risiko perdagangan global, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam tinjauan makroekonomi edisi April separuh tahunannya yang didedahkan semalam.

Ia mengulangi jangkaannya bagi pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tahun penuh untuk mencapai "lebih sedikit daripada lingkungan pertengahan" di antara 1.5 peratus kepada 3.5 peratus, lapor The Straits Times.