Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ekonomi Singapura tumbuh 2.6 peratus bagi suku ketiga

Oct 12, 2018 | 4:49 PM
3fdc7d65-784d-4076-aef0-3aaeba06e196
- Foto THE STRAITS TIMES

EKONOMI Singapura tumbuh sebanyak 2.6 peratus bagi suku ketiga tahun ini, lebih perlahan berbanding pertumbuhan bagi separuh pertama 2018.

Namun, prestasinya baik sedikit daripada yang dijangkakan, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) hari ini.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat 4.6 peratus bagi suku pertama tahun ini dari Januari hingga Mac dan sebanyak 4.1 peratus bagi suku kedua, iaitu dari April hingga Jun.

Sementara perangkaan terkini masih dalam lingkungan ramalan pemerintah iaitu antara 2.5 dengan 3.5 peratus bagi 2018, perangkaan terkini itu masih melebihi ramalan pengamat sebelum ini.

Pengamat yang ditinjau Bloomberg menjangkakan pertumbuhan sebanyak 2.4 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg