SM Teo: S'pura perlu bangun keupayaan taraf dunia tangani ancaman siber
Premium
SM Teo: S'pura perlu bangun keupayaan taraf dunia tangani ancaman siber
Alu-alukan syarikat keselamatan siber bertapak di sini
Sep 17, 2019 | 5:30 AM
BANGUN KEUPAYAAN: Encik Teo (dua dari kiri) melancarkan Ensign InfoSecurity (Ensign), salah sebuah firma keselamatan siber terbesar Asia Tenggara, semalam. Beliau menyatakan Singapura perlu memupuk bakat, berinovasi dan berkolaborasi dengan syarikat lain bagi mempertajam keupayaan dalam keselamatan siber. - Foto ZAOBAO -
SINGAPURA perlu membangunkan keupayaan bertaraf dunia dalam keselamatan siber bagi menangani ancaman yang semakin canggih, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.
Ini boleh dilakukan dengan memupuk bakat pakar siber di Singapura di samping menarik syarikat, tidak kira setempat atau asing, yang dapat menyediakan huraian terkini bagi menangani ancaman tersebut.

