Premium
Ekonomi S'pura tumbuh hanya 0.1% pada suku kedua
Ramalan MTI lebih lemah dari jangkaan; tumbuh paling rendah sejak suku kedua 2009
Jul 13, 2019 | 5:30 AM
HARUNGI KELESUAN EKONOMI: Menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, Singapura berdepan dengan perubahan jangka panjang dalam corak pengeluaran dan rantaian bekalan. Strateginya bukan dengan merangsang permintaan secara buatan tetapi dengan membantu perniagaan dan pekerja. Kelihatan kawasan pusat kewangan negara di Marina Bay menjadi daya tarikan pelancong yang menaiki tongkang menyusuri Sungai Singapura. - Foto AFP -
EKONOMI Singapura catat prestasi lebih lemah daripada jangkaan pada suku kedua tahun ini selepas mencapai kadar terendah sejak krisis kewangan global pada suku pertama.
Ramalan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menunjukkan ekonomi negara tumbuh hanya 0.1 peratus pada suku kedua lalu.

