Topik diikuti
Pergi ke BHkuSyarikat hiburan mm2 Asia beli pawagam Cathay pada harga $230j
Firma tersenarai dalam SGX berkata akan kekalkan pekerja, legasi Cathay Cinemas

TUKAR PEMILIK: Pawagam Cathay di pusat beli-belah Parkway Parade merupakan antara pawagam yang dibeli mm2 Asia. - Foto fail
Syarikat hiburan mm2 Asia beli pawagam Cathay pada harga $230j
SYARIKAT hiburan mm2 Asia telah memeterai perjanjian untuk membeli kesemua operasi pawagam Cathay Cineplexes di Singapura pada harga $230 juta dalam urus niaga yang dijangka selesai menjelang 24 November.
Pembelian itu akan merangkumi lapan pawagam Cathay yang meliputi 64 skrin atau 11,569 tempat duduk.
