Topik diikuti
Pergi ke BHkuEksport bukan minyak S'pura susut hampir 9% bulan lalu

Sep 18, 2019 | 5:30 AM
Eksport bukan minyak S'pura susut hampir 9% bulan lalu
EKSPORT bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura susut pada rentak lebih perlahan sebanyak 8.9 peratus bulan lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut perangkaan Enterprise Singapore semalam.
Ini setelah ia mencatat penurunan dua angka sepanjang lima bulan lalu dan merupakan bulan kedua berturut-turut kadar kemerosotan kiriman NODX yang lebih sederhana.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti