JUTAWAN terkenal, Encik Elon Musk pada Khamis berkata beliau telah mendapatkan seseorang untuk menggantikannya sebagai bos Twitter dan syarikat induknya X Corporation.

"Teruja untuk mengumumkan bahawa saya telah mendapatkan CEO baru untuk X/Twitter," kata Encik Musk dalam satu kiriman Tweet, sambil menambah bahawa penggantinya itu, seorang wanita, akan mula bekerja dalam masa sekitar enam minggu.