EMA mula projek perintis peroleh elektrik dari ladang suria Indonesia
Premium
EMA mula projek perintis peroleh elektrik dari ladang suria Indonesia
Oct 26, 2021 | 5:30 AM

-
PENGUASA Pasaran Tenaga (EMA) kini memulakan projek perintis dengan sebuah konsortium yang diterajui syarikat yang menghasilkan bekalan kuasa PacificLight Power Pte Ltd (PLP) untuk mengimport 100 megawatt (MW) bekalan elektrik berterusan dari sebuah ladang suria di Pulau Bulan, Indonesia.
Menurut kenyataannya semalam, EMA berkata elektrik itu akan dibekalkan menerusi satu penyambung baru yang menghubungkan ladang suria itu secara langsung dengan stesen jana kuasa PLP di Singapura.

