Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Empat gangguan yang boleh jejas pasaran kewangan pada 2024

Apr 14, 2024 | 05:32 AM



Pasaran ekuiti global bermula dengan baik pada 2024 dengan Indeks Dunia MSCI telah meningkat lebih 8 peratus, S&P 500 (lebih 10 peratus), Euro Stoxx 50 (lebih 12 peratus) dan Nikkei (lebih 20 peratus).

Keyakinan didorong sebahagiannya oleh jangkaan bahawa Tabung Simpanan Federal Amerika Syarikat akan mula mengurangkan kadar penanda aras dana persekutuannya tahun ini, dan bahawa Bank Pusat Eropah akan melakukan perkara yang sama untuk kadar utamanya sendiri.

Kadar faedah yang lebih rendah akan menjadikan pelaburan pendapatan tetap kurang menarik, dan mendorong pelabur untuk memindahkan lebih banyak wang tunai mereka ke dalam pelaburan berisiko tinggi seperti ekuiti.

Gambaran yang memberangsangkan ini mungkin boleh terganggu oleh beberapa faktor.

“Pasaran kewangan sememangnya kompleks, dengan banyak elemen dinamik yang berlegar,” kata Encik Jimmy Lee, anggota lembaga eksekutif di Julius Baer Group dan ketua bahagian Asia bank itu.

“Pelbagai senario berpotensi untuk membentuk semula landskap pasaran, menekankan kecenderungan kami ke arah segmen berkualiti, ” tambahnya.

Akhbar The Business Times (BT) bercakap dengan empat pegawai kanan bank privet mengenai potensi gangguan ke atas pasaran tahun ini.


Kelemahan ekonomi boleh menaikkan harga pasaran

Encik Foo Tian Ong (Ketua Serantau untuk Asia Tenggara dan Ketua Lokasi Singapura, perbankan swasta, Standard Chartered): Pasaran menjangkakan inflasi akan turun, dan apabila itu berlaku, bank pusat mungkin bertindak balas dengan mengurangkan kadar faedah.


Sesetengah negara mungkin tergelincir ke dalam kemelesetan, sama seperti United Kingdom jatuh ke dalam kemelesetan teknikal pada suku keempat 2023.

Tidak ada dua negara yang sama dan setiap negara akan melihat inflasi mula reda pada tempoh dan kadar yang berbeza.

Perbezaan ini, ditambah pula dengan kebimbangan kemelesetan, boleh memberi kesan secara langsung kepada ekuiti, pendapatan tetap dan pasaran pertukaran asing, dengan kesan ke atas kelas aset lain seperti komoditi.

Semua faktor ini perlu dinilai secara dinamik untuk menentukan peluang dan penyelesaian paling sesuai untuk pelanggan kami.

Namun, di sebalik potensi risiko ini, keyakinan yang wujud menjurus kepada prospek ekonomi keseluruhan.

Encik Jimmy Lee: Kami tidak meramalkan kemelesetan di Amerika. Namun begitu, terdapat kemungkinan berlaku kegenjotan dalam pasaran buruh yang boleh menghalang prospek pertumbuhan.


Sebarang kemelesetan di Amerika mungkin akan menjejas ekonomi-ekonomi lain.

Secara keseluruhan, kami melihat 2024 sebagai tahun yang baik untuk ekuiti Amerika, dengan pulangan terbaik berpotensi menjadi kenyataan dalam separuh kedua apabila dasar kewangan menjadi kurang menyekat.

Namun, dengan mengambil kira ketidakpastian, kami mengesyorkan mengekalkan pendedahan kepada saham pertumbuhan berkualiti dalam sektor teknologi maklumat dan penjagaan kesihatan.

Mengenai mata wang, dolar Amerika telah meningkat selama 14 tahun. Pada 2024, kami menjangkakan ia akan terus didagangkan pada harga yang agak ketat.

Dalam ruang pendapatan tetap, kami mengesyorkan bon berkualiti kerana ia menawarkan pulangan dengan selesa melebihi paras inflasi yang dijangkakan. Kami cenderung kepada bon dengan denominasi dolar Amerika.

China kekal membimbangkan kerana ia bergelut dengan cabaran struktur dalam ekonominya. Pertumbuhan dan inflasi pada 2024 kekal tidak menentu.

Kesan pembangunan di China boleh meluas secara global, terutamanya menjejaskan ekonomi yang berkait rapat dengan pasaran China.

Kecerdasan buatan (AI) mengganggu perniagaan

Encik Jeffrey Yap (Ketua Pelaburan dan Penyelesaian Kekayaan, Asia Tenggara, HSBC): AI sedang diterima pakai pada kelajuan yang memecahkan rekod, dengan kes penggunaan yang meluas, mengatasi penggunaan telefon pintar dua dekad yang lalu.


Model generatif, seperti GPT-4, mampu menghasilkan teks, seni dan muzik seperti manusia. Ini mencabar proses penciptaan kandungan tradisional dan membuka jalan baru untuk daya cipta.

AI generatif juga boleh mengautomasikan tugas seperti ringkasan teks, terjemahan bahasa dan penjanaan kod, yang mempercepatkan produktiviti merentas banyak industri.

Dengan aplikasi yang betul, perniagaan boleh menyelaras proses, mengurangkan kos dan meningkatkan skala perniagaan dengan cara paling cekap.

AI mengganggu norma sedia ada, membentuk semula industri dan mendorong perbincangan kritikal tentang cara perniagaan dan masyarakat akan beroperasi pada masa depan.

Tumpuan peluang pelaburan dalam ruang ini sebahagian besarnya tertumpu kepada penyedia sistem AI.

Walaupun benar bahawa sistem AI boleh menyumbang kepada kesan iklim negatif, aplikasi mereka juga boleh meningkatkan sistem tenaga boleh diperbaharui.

Pelabur boleh mempertimbangkan syarikat yang berusaha untuk menjadikan sistem AI generatif lebih cekap dan mesra alam.

Encik Joseph Poon (Ketua kumpulan, Perbankan Privet DBS): Oleh kerana aplikasinya yang terbukti dan berpotensi, AI generatif telah muncul sebagai tema pelaburan penting yang telah kami nasihatkan pelanggan supaya menimbangkannya dalam portfolio mereka.


Seruan kami terhadap syarikat yang akan mengharungi gelombang inovasi telah membuahkan hasil yang lumayan untuk pelanggan kami, dengan teknologi Amerika mengatasi prestasi pasaran ekuiti Amerika sebanyak 29 peratus pada 2023.

Perubahan iklim mencipta pemenang dan kecundang baru.

Encik Yap: Perubahan iklim memberi kesan kepada kita semua – daripada perniagaan kepada masyarakat dan individu, dan keperluan mendesaknya bermakna pemerintah dan perniagaan akan meningkatkan usaha untuk menangani risiko perubahan iklim.


Pelabur boleh melihat kepada kewangan dan peluang pelaburan yang memudahkan peralihan kepada dunia yang lebih mampan.

Sebagai permulaan, seseorang boleh membina portfolio teras melalui pelaburan dalam persekitaran, penyelesaian tadbir urus sosial dan korporat yang sejajar dengan keutamaan dan nilai seseorang.

Di mana sesuai, pelabur juga boleh melihat ke arah syarikat pemula yang menangani cabaran iklim melalui ekuiti persendirian dan peluang penerokaan modal.

Konflik geopolitik perlu diperhatikan

Encik Foo: 2024 ialah tahun pilihan raya melibatkan lebih dua bilion pengundi. Ini berpotensi menjejas pasaran utama disebabkan oleh perubahan dasar perdagangan, dasar luar dan rangka kerja kawal selia.


Pandangan konsensus ialah ketegangan perdagangan antara Amerika dengan China akan berterusan sehingga pilihan raya Amerika. Konflik di Timur Tengah dan Ukraine belum ada penghujungnya.

Walaupun terdapat kesan terhad ke atas pasaran kewangan global setakat ini, ia adalah sesuatu yang perlu terus diperhatikan.

Untuk melayari landskap yang sentiasa berubah dan memastikan keperluan kewangan pelanggan kami dipenuhi dengan baik, kami menasihati mereka supaya terus melabur, kekal lincah dan membina warisan mereka untuk generasi akan datang. Kekal melabur adalah keadah penting untuk memelihara dan mengembangkan kekayaan.

Encik Poon: Pelbagai pilihan raya yang berlangsung tahun ini mungkin mewujudkan beberapa ketidakpastian kepimpinan yang ditambah pula dengan konflik berterusan di Ukraine dan Gaza.


Ini mungkin memberi kesan kepada pasaran kewangan dan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >