Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fahami undang-undang berbeza untuk urus aset antarabangsa

Jan 26, 2025 | 5:00 AM
Rakan kongsi pengurusan dan peguam syarikat guaman A Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip menjawab antara soalan yang diajukan semasa webinar Berita Harian mengenai pengurusan aset antarabangsa.
Rakan kongsi pengurusan dan peguam syarikat guaman A Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip menjawab antara soalan yang diajukan semasa webinar Berita Harian mengenai pengurusan aset antarabangsa. - Foto fail

Baru-baru ini, Berita Harian telah menganjurkan webinar pertamanya dengan topik mengenai perancangan harta pusaka. Rakan kongsi pengurusan dan peguam syarikat guaman A Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip, menjawab antara soalan yang diajukan semasa webinar itu. Ikuti laporan berikut.

Soalan: Bagaimanakah aset antarabangsa boleh diuruskan di bawah hukum faraid? Apakah cabaran yang timbul apabila berurusan dengan aset yang terletak dalam bidang kuasa yang berbeza dan bagaimanakah ia boleh ditangani?

Jawapan: Aset secara amnya boleh dibahagikan kepada dua - aset yang boleh dialih dan aset yang tidak boleh dialih.

Hukum faraid hanya terpakai di negara yang mengamalkan undang-undang Islam, contohnya di Singapura dan Malaysia.

Di kebanyakan negara lain, undang-undang Islam tidak terpakai, sebagai contoh di Australia.

Daripada pengalaman saya, kebanyakan klien kami mempunyai hartanah di Malaysia dan Australia.

Menguruskan aset ini boleh menjadi satu cabaran kerana undang-undang dan bidang kuasa yang berbeza.

Ia lebih mudah untuk menguruskan aset tersebut apabila negara asing itu mempunyai undang-undang yang serupa seperti negara yang mengamalkan ‘common law’ kerana prosesnya sepatutnya serupa.

Contohnya, apabila seseorang meninggal dunia di Singapura dan mempunyai aset di Singapura dan Malaysia, pentadbir yang dilantik boleh memohon surat kuasa mahkamah atau ‘Grant of Letters of Administration’ (GLA) di Singapura dan memilih untuk mengiktiraf GLA yang ada di Malaysia.

Selepas pengiktirafan tersebut dilakukan, GLA menjadi perintah di negara itu dan pentadbir yang dilantik boleh mentadbir aset mengikut GLA yang dimeterai semula di negara itu.

Namun, semuanya bergantung kepada undang-undang pewarisan di negara tersebut.

Sebagai contoh, Australia mengiktiraf wasiat Muslim atas alasan mudah bahawa seseorang dibenarkan untuk melupuskan asetnya sendiri mengikut kehendaknya sendiri.

Pentadbir yang dilantik, kemudiannya, boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan geran dalam setiap bidang kuasa yang berbeza.

Bagi hartanah di Malaysia, tiada konsep dasar pemilikan bersama atau joint tenancy.

Apabila seorang pemilik meninggal dunia, separuh bahagiannya menjadi sebahagian daripada harta pusakanya.

Terdapat banyak contoh di mana harta diwarisi oleh keturunan.

Contohnya, seorang moyang mempunyai tanah dan mempunyai ramai anak.

Matriks fakta ini boleh menjadi rumit kemudian.

Sekiranya aset itu tidak ditadbir untuk sekian lama, pentadbir yang dilantik, pada masa hadapan, perlu memohon GLA untuk semua waris yang meninggal dunia, yang biasanya memakan masa.

Dalam kes ini, kami berpandangan bahawa adalah lebih baik untuk melupuskan aset secara penjualan atau pemindahan seawal mungkin.

Menunggu selama beberapa dekad hanya akan mengundang lebih banyak cabaran.

Pertikaian dalam keluarga juga mungkin timbul kerana ini.

Secara keseluruhan, seseorang mesti memahami undang-undang negara tertentu.

Oleh itu adalah dinasihatkan untuk melibatkan peguam negara kerana mungkin terdapat formaliti yang berbeza dalam bidang kuasa asing.

Kami menasihatkan bahawa, jika perlu, adalah bijak untuk mendapatkan nasihat daripada peguam asing dalam bidang kuasa asing dan wasiat untuk dilaksanakan di bidang kuasa asing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg