Premium
Farid Khan dan anak tutup Restoran Seri di Queensway
Dec 21, 2017 | 5:30 AM
SETAHUN selepas membuka Restoran Seri ala kampung, Encik Farid Khan Kaim Khan, yang melahirkan minat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang lalu, dan anaknya, Cik Raeesah Khan, memutuskan menutup perniagaan itu.
Encik Farid, pengerusi syarikat perkapalan dan kelautan Bourbon Offshore Asia, berkata tugasnya, yang kini banyak memerlukannya berulang-alik ke Jakarta, menyukarkan beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan itu.


