Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

ANALISIS BERITA

F&B ubah model niaga, dakap digital

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



DENGAN sekatan Covid-19 yang kerap berubah dan menjejas perniagaan makanan dan minuman (F&B), rasa pasrah dan kecewa tentu menyelubungi hati.



Tidak tahu bila sekatan itu akan berakhir, beberapa F&B menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh patah semangat.



Mereka mampu membuat perubahan dalam perniagaan mereka bagi mengurangkan tekanan penjualan.



Malah, terdapat F&B bersedia mengubah model perniagaan, berinovasi dan mendakap digital untuk menangani cabaran yang dihadapi.



Sejak peraturan hanya dua orang boleh menjamu selera semeja diperkenalkan awal minggu ini, bilangan pelanggan yang datang ke restoran amat sedikit kerana kes-kes jangkitan Covid-19 yang tinggi, kata pemilik restoran halal Italy Kucina, Cef Gero Di Maria Mohammed Omar.



"Tidak ramai yang ingin keluar makan di luar kerana kes Covid-19 tinggi.



"Tahun ini adalah lebih sukar dari tahun lalu.



"Meskipun rantaian jangkitan (CB) dilaksanakan dan restoran ditutup tahun lalu, kami dapati pelanggan datang berduyun-duyun untuk menjamu selera selepas CB dan penjualan kami naik berganda bagi mengimbangi tempoh CB.



"Keadaan berbeza tahun ini apabila syarat menjamu selera kerap berubah. Perniagaan ketika ini adalah paling sukar yang pernah saya alami,'' jelas Cef Omar.



Tetapi, satu yang nyata.



Beliau tidak mahu mengaku kalah.



"Saya tidak boleh tutup Kucina,'' kata beliau, yang membuka restorannya sejak 2016 di pusat beli-belah Kinex.



Dengan semangat tidak mahu mengaku kalah, beliau memperkenalkan beberapa sos pasta yang hanya perlu dipanaskan seperti sos Arrabbiata, bolognese, sos salmon dan pomodoro serta pasta segar agar pelanggannya dapat menjamu selera makanan Italy di rumah seperti menjamu di restorannya.



Menghasilkan produk itu di dapur pusat dan kiosnya di NeWest di West Coast, produk-produk itu dijual di wadah tempahan dalam talian Oddle Eats dan di restorannya.



"Kami perlu tingkatkan penjualan kami. Sekurang-kurangnya penjualan sos pasta dan pasta segar dapat membantu menyumbang 15 peratus penjualan kami,'' katanya.



Covid-19 juga memaksa F&B menggunakan alat-alat digital seperti wadah tempahan dalam talian dan wadah pembayaran tanpa tunai.



Satu tinjauan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mendapati transformasi digital telah membantu firma meningkatkan perniagaan.



Dijalankan dari Disember tahun lalu hingga Januari tahun ini, Pejabat Transformasi Digital DPPMS mendapati 75.5 peratus anggotanya sudah melaksanakan huraian digital.



Dari 112 peniaga yang ditinjau, peratusan terbesar iaitu 25.9 peratus merupakan F&B.



Sejak melaksanakan huraian digital sejak dua tahun lalu, 41.8 peratus menyatakan penjualan mereka meningkat, 42.7 peratus dapat mengekalkan dan meningkatkan pelanggan, dan 40.9 peratus dapat membaiki operasi mereka.



Syarikat-syarikat, termasuk F&B, boleh memanfaatkan pelbagai skim-skim pemerintah bagi membantu rombakan.



Misalnya, Geran Huraian Produktiviti (PSG) membantu syarikat membiayai sehingga 80 peratus kos khidmat runding cara, peralatan dan teknologi maklumat (IT).



Mulai Oktober ini, PSG juga akan meliputi bayaran bagi pemasaran digital.



"Selain cuba menakat, kita cuba hidup dalam norma baru. Meskipun perjalanan ini tidak mudah, pemerintah memberi jaminan bahawa kami akan bersama syarikat untuk membuat rombakan,'' kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Cik Low Yen Ling dalam Sidang Pusat Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) yang diadakan minggu lalu.



Beliau menukil contoh syarikat Melayu/Islam, Asyura Paste yang diasaskan Cik Norhuda Rabani, yang memulakan perniagaan dari rumah. Tetapi, syarikat itu telah mengembangkan operasinya di kilang di Tuas yang membolehkannya mengautomasikan pengilangan pes beku yang kini dijual di pasar raya dan wadah dalam talian hasil bantuan Pusat SME di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (Pusat SME@DPPMS).



"Kini, Pusat SME@DPPMS juga terus membantu Asyura untuk merealisasikan impian meluaskan perniagaan ke negara-negara seperti Australia dan China,'' tambah Cik Low.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >