Premium
Firma Belanda tawar $1.45b beli syarikat kopi SG
Nov 4, 2016 | 5:30 AM

DISUNTING: Encik David Teo bangga jenama yang diasaskannya menarik perhatian sebuah syarikat minuman besar di dunia. - Foto THE BUSINESS TIMES -
SYARIKAT kopi dan teh dari Belanda, Jacobs Douwe Egberts (JDE), telah membuat tawaran sebanyak $1.45 bilion tunai untuk membeli syarikat pengeluar minuman 3-dalam-1 Singapura, Super Group Ltd, yang terkenal dengan jenama minuman kopi Owl dan Super.
Jika berjaya, JDE akan menarik keluar saham Super Group daripada disenaraikan di Bursa Singapura (SGX), menurut kenyataan Super Group kepada SGX semalam.

