Firma cip mikro Jerman belanja $27j tiga tahun mendatang
Premium
Firma cip mikro Jerman belanja $27j tiga tahun mendatang
Jadikan Singapura hab global pertamanya dengan kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam setiap fungsi pekerjaan
Dec 2, 2020 | 5:30 AM
ULANG TAHUN KE-50: Encik Heng Swee Keat (kiri) menerima plak tanda penghargaan daripada Encik Chua Chee Seong di bangunan Infineon Technologies di Kallang semalam sempena ulang tahun ke-50 syarikat itu di Singapura. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
SYARIKAT pembuat cip mikro Jerman, Infineon Technologies, akan membelanjakan $27 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menjadikan Singapura hab global pertamanya dengan kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam setiap fungsi pekerjaan.
Rancangan itu termasuk mempertingkat kemahiran lebih 1,000 daripada 2,200 kakitangannya di sini dan mengerahkan sekitar 25 projek AI yang unik dalam seluruh rantai nilai kegiatan menjelang 2023, menurut presiden dan pengarah urusan Infineon Technologies Asia Pacific, Encik Chua Chee Seong.

