Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma e-dagang atasi masalah tenaga kerja menerusi kolaborasi

Permintaan melonjak semasa pandemik, dan dalam suasana bisnes mencabar pemilik syarikat melihatnya sebagai satu 'hikmah'
Jan 31, 2022 | 05:30 AM



TIDAK dinafikan pandemik Covid-19 telah menjejas banyak sektor ekonomi termasuk sektor logistik.



Namun, beberapa syarikat logistik di sini berkongsi dengan Berita Harian bahawa keadaan tidak semuanya suram.



Bahkan, ada hikmah di sebalik pandemik itu, terutama dengan peningkatan dalam e-dagang yang telah membantu perniagaan mereka.



"Sejujurnya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana kami melihat peningkatan dalam jumlah e-dagang.



"Pun begitu, terdapat cabaran dalam memenuhi permintaan ini kerana permintaan sangat kuat tetapi bekalan kadang-kadang agak sempit, dan kos bagi bekalan iaitu pengangkutan dan sebagainya agak tinggi," kongsi ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Luwjistik, Syed Ali Ridha.



Daripada melihat ini sebagai satu cabaran, Syed Ali berkata syarikatnya telah menganggap ia sebagai peluang untuk berkolaborasi dengan pemain-pemain logistik lain dalam industri.



"Daripada melihat satu sama lain sebagai pesaing, kami bekerjasama untuk menyatukan barangan kami bersama, selain melihat cara pengangkutan lain," katanya.



Menjelaskan, beliau berkata, mereka sudah meneroka kaedah trak rentas sempadan dan pengangkutan laut, dan tidak hanya bergantung pada pengangkutan melalui udara.



Sementara itu, bagi syarikat Airmark Freight Services pula, cabaran yang dihadapi hari ini berbeza berbanding semasa permulaan pandemik Covid-19 sekitar dua tahun lalu.



Pengarah Urusan syarikat tersebut, Encik Mohd Yunos Ishak, berkata langkah-langkah yang diperketat di lapangan terbang pada awal pandemik termasuk banyak ujian Covid-19 yang perlu dijalankan ke atas kakitangan barisan hadapan, menambah kepada masalah tenaga kerja yang dihadapi.



Selain itu, lumrah pekerjaan sektor logistik yang tidak membolehkan pekerja barisan hadapannya bekerja dari rumah, turut menyebabkan sebahagian pekerja menyuarakan kerisauan terhadap keselamatan kesihatan mereka terutama ketika varian Delta berleluasa.



"Kalau kita gunakan sub-kontraktor pun susah nak dapat... mereka pun kurang tenaga kerja kerana ramai pekerja mereka tinggal di dormitori atau hostel dan ramai yang terjangkit pada waktu itu," kata Encik Yunos.



Berbeza keadaannya kini, meskipun Singapura dijangka berdepan dengan cabaran berbentuk gelombang Omicron.



Ditanya apakah rancangan syarikatnya seandainya lebih ramai pekerja terjejas dek dijangkiti varian tersebut, Encik Yunos, berkata pihaknya mempunyai sandaran dalam bentuk pekerja yang boleh dikerahkan silang divisyen.



"Ini kerana kakitangan dalam pelbagai divisyen sudah dilatih lebih awal untuk melakukan tugas-tugas yang diperlukan dalam divisyen lain seandainya perkara tersebut diperlukan.''



Syed Ali pula berkata, lebih ramai penyedia logistik kini terbuka kepada penggunaan digital - berita baik bagi syarikatnya yang merupakan platform digital yang menyediakan solusi kepada penyedia logistik lain.



Walaupun tidak terlalu bimbang akan gelombang Omicron terhadap perniagaannya, beliau belum ada sebarang perancangan mendapatkan kakitangan tambahan sekiranya varian itu menjejas ramai pekerjanya.



"Apa yang kami perhatikan dalam industri, terutama klien-klien kami, ramai yang baru hendak bernafas semula.



"Tapi berbanding 2020, perniagaan kini sudah lebih bersedia (menghadapi perubahan), jadi sama ada Omicron atau varian-varian lain sekali pun, saya rasa kami lebih bersedia," ujar beliau.



"Sejujurnya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana kami melihat peningkatan dalam jumlah e-dagang. Pun begitu, terdapat cabaran dalam memenuhi permintaan ini kerana permintaan sangat kuat tetapi bekalan kadang-kadang agak sempit, dan kos bagi bekalan iaitu pengangkutan dan sebagainya agak tinggi.''
- Ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Luwjistik, Syed Ali Ridha.



"Ini kerana kakitangan dalam pelbagai divisyen sudah dilatih lebih awal untuk melakukan tugas-tugas yang diperlukan dalam divisyen lain seandainya perkara tersebut diperlukan.''
- Pengarah Urusan Airmark Freight Services, Encik Mohd Yunos Ishak, yang menarik perhatian pihaknya mempunyai sandaran dalam bentuk pekerja yang boleh dikerahkan silang divisyen jika lebih ramai pekerja dijangkiti varian Omicron.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >