Firma F&B perlu ubah pelan niaga agar kekal daya saing
Chun Sing: Pemulihan masih perlahan, justeru syarikat digesa dakap pendigitalan, berinovasi, tembusi pasaran baru termasuk di luar negara
Dec 01, 2020 | 05:30 AM
SYARIKAT makanan dan minuman (F&B) perlu mengubah pelan perniagaan mereka sekarang supaya dapat kekal berdaya saing daripada menunggu sehingga pandemik ini berakhir, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.
Meskipun banyak syarikat khidmat makanan kini semakin pulih dan stabil, pemulihan tersebut masih perlahan bagi beberapa segmen industri F&B, termasuk syarikat katering dan cawangan runcit di kawasan pusat bandar dan kawasan yang tertumpu pada pelancongan.