Premium
Firma gagal selia keselamatan pekerja didenda $170,000
Jan 5, 2023 | 5:30 AM
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN: MOM menegaskan ia adalah satu tanggungjawab asas setiap majikan dalam menawarkan sekitaran tempat kerja yang selamat bagi pekerja dan setiap pekerja harus menjaga diri mereka serta rakan sekerja mereka. - Foto BH oleh DESMOND WEE -
SYARIKAT binaan EC Builders telah didenda $170,000 di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja kerana gagal membuat penyeliaan terhadap seorang pekerja dengan lengkap yang mana beliau kemudian terjatuh dari tempat tinggi dan mengalami kecederaan trauma di otak.
Pekerja tersebut, Encik Ali Mohammad Sohag, bertugas sebagai pekerja binaan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.

