Topic followed successfully
Go to BHkuFirma Indonesia hantar ayam hidup ke S'pura buat kali pertama
Firma Indonesia hantar ayam hidup ke S'pura buat kali pertama
Firma Indonesia hantar ayam hidup ke S'pura buat kali pertama
SYARIKAT pertanian makanan Indonesia, Japfa, berkata pada Isnin bahawa ia telah menghantar 23,000 ayam hidup dari Indonesia ke Singapura, yang merupakan kali pertama aturan sedemikian dibuat.
Penghantaran baru itu boleh membuka peluang untuk menyediakan bukan sahaja ayam segar, tetapi juga makanan protein lain kepada Singapura, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Kerja), Dr Koh Poh Koon, berkata dalam catatannya di Facebook pada Ahad bahawa penghantaran baru itu akan mempelbagaikan lagi sumber import Singapura dan mengukuhkan daya tahan bekalan ayam.
Sebagai salah satu pengeluar ayam terbesar di Indonesia, Japfa percaya ia dapat memenuhi permintaan ayam Singapura.
23,000 ekor ayam itu diternak di ladang di bawah salah satu anak syarikatnya di Bintan, Indonesia.
Berikutan eksport pertama, Japfa berkata ia akan terus melabur dalam projek Bintan untuk menyokong strategi keselamatan makanan Singapura.
Singapura mengalami gangguan dalam bekalan ayam antara Jun dan Oktober pada 2022, apabila lonjakan harga dan kekurangan ayam menyebabkan Malaysia hentikan eksport ayam ke Singapura.
Singapura kemudian beralih ke negara lain dan meningkatkan import ayam dari Brazil dan Thailand.
Pada tahun itu, ia telah menyertakan Indonesia sebagai sumber import ayam sejuk, beku dan diproses.

