Premium
Firma kaji berbilion data bagi pelanggan
Dec 20, 2020 | 5:30 AM
DIUNDANG BERCAKAP MENGENAI AI: Cik Hamidah (atas) sering diundang menjadi penceramah dalam sesi dialog dan acara-acara AI. - Foto ihsan HAMIDAH AIDILLAH MUSTAFA -
APABILA sebuah firma automobil dari China ingin menembusi pasaran Malaysia, firma milik pengasas Cik Hamidah Aidillah Mustafa, Parrot Social, berupaya mengkaji berbilion data dalam talian bagi membuat penyelidikan pasaran sebelum memberikan laporan terperinci bagi membolehkan firma automobil itu membuat keputusan.
Parrot Social, yang menyediakan khidmat analitik data, merupakan satu bentuk kecerdasan buatan (AI) yang semakin banyak digunakan dalam kehidupan hari ini.

