SETIAP bulan, syarikat perkhidmatan sekitaran, Chye Thiam Maintenance Pte Ltd (CTM), mengumpul sekitar 1,600 tan atau 1,600,000 kilogram sisa dari serata tempat di Singapura.

Namun, sebanyak 40 peratus daripada jumlah sisa terkumpul itu dapat 'diselamatkan' dari loji pembakar sisa dengan adanya sebuah loji kemudahan pemulihan bahan (MRF).