Firma labur $70j dalam bangunan baru hasil makanan halal
Premium
Firma labur $70j dalam bangunan baru hasil makanan halal
Jan 12, 2017 | 5:30 AM
MELABUR PERALATAN CANGGIH: Encik Tharman (tengah) dan Encik Kwan (kiri) melihat sebuah peralatan memproses makanan tekanan tinggi yang terdapat di bangunan baru, Commonwealth Capital. - Foto COMMONWEALTH CAPITAL -
SEBUAH syarikat pelaburan makanan, Commonwealth Capital, yang memiliki jenama terkenal seperti Pastamania dan Zac Meat, telah melaburkan $70 juta dalam sebuah bangunan makanan baru yang meliputi kemudahan logistik makanan dan pengilangan halal.
Kemudahan di Buroh Lane berdekatan Jurong East itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras Bagi Dasar Ekonomi dan Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.

