Firma logistik, Luwjistik dibeli firma Australia pada harga $16 juta
Premium
Firma logistik, Luwjistik dibeli firma Australia pada harga $16 juta
Oct 13, 2022 | 5:30 AM
AMBIL ALIH LUWJISTIK: CEO Luwjistik, Encik Syed Ali Ridha Madihid berkata pengambilalihan ini memberi peluang kepada kedua-dua syarikat menawarkan perkhidmatan mereka kepada perniagaan pelbagai saiz di negara serantau. - Foto ZAOBAO -
SYARIKAT logistik Australia Shippit telah mengambil alih syarikat pemaju teknologi yang berpangkalan di Singapura, Luwjistik, dalam urus niaga bernilai A$18 juta ($16.26 juta).
Menurut satu kenyataan oleh syarikat itu kelmarin, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama Shippit Encik William On, akan berpindah ke Singapura untuk mengetuai operasi syarikat permulaan atau 'startup' di Asia Tenggara dengan pasukan seramai 50 orang.

