Topik diikuti
Pergi ke BHkuFirma manfaat geran labur teknologi baru
Shahidah Travel bakal lancar 'ibooking' bagi bantu pelanggan tempah, bayar pakej lancong
MUDAH DAN RINGKAS: Encik Izman Osman, Pengarah Pembangunan Perniagaan dari Pytheas, menerangkan kepada kakitangan Shahidah Travel mengenai penggunaan tempahan dan pembayaran dalam talian. - Foto KHALID BABA
Feb 27, 2014 | 6:00 AM
DALAM usaha meningkatkan produktiviti, syarikat agensi pelancongan, Shahidah Travel & Tours telah melabur dalam satu teknologi baru yang membolehkan pelanggan menempah dan membayar pakej pelancongan dalam talian (online) tidak kira di mana mereka berada.
Menelan kos $80,000, syarikat itu berjaya mendapatkan geran 60 peratus daripada Spring Singapore hasil skim inisiatif tumpuan pengguna (CCI) dan 20 peratus daripada Skim Produktiviti dan Inovasi (PIC) yang ditawarkan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras).
