Topik diikuti
Pergi ke BHkuFirma Melayu/Islam turut sertai kempen 99% SME
Premium
Firma Melayu/Islam turut sertai kempen 99% SME
Peniaga rebut peluang tingkat promosi jenama dan dedahkan perniagaan
Sep 29, 2015 | 5:30 AM
Firma Melayu/Islam turut sertai kempen 99% SME
KEMPEN BESAR-BESARAN: Minggu SME membolehkan SME memasarkan tawaran promosi mereka secara percuma dalam laman 99%SME di www.99sme.sg. - Foto SME -
DARIPADA seorang peniaga wangian yang baru bertapak yang ingin jenamanya dikenali hinggalah seorang peniaga tali leher yang sudah 26 tahun berniaga dan ingin pelanggan lamanya mengetahui beliau masih berniaga.
Itulah antara syarikat Melayu/Islam yang akan mengambil bahagian dalam satu kempen besar-besaran, 99% SME, yang diadakan buat julung-julung kali bagi mempromosikan syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura.
