Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma Ogilvy PR lantik pengarah urusan baru bagi S’pura dan M’sia

May 25, 2023 | 06:11 PM



SYARIKAT perhubungan awam, Ogilvy PR, telah melantik Cik Nurulyaqin Akashah sebagai pengarah urusan baru untuk Singapura dan Malaysia.

Cik Nurulyaqin, 37 tahun, yang merupakan Pengarah Eksekutif Ogilvy PR sebelum ini, akan mengekalkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif Pemasaran Islam, Asia Tenggara, menurut kenyataan syarikat itu pada Khamis.

Beliau yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang komunikasi strategik, akan memantau dan menguruskan pejabat perhubungan awam di Singapura dan Malaysia, dengan meneroka inovasi dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), penglibatan pempengaruh, menciptakan kandungan dan kreatif serta berhubungan dengan pekerja.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pelantikan itu, Cik Nurulyaqin berkata:

“Ia adalah satu penghormatan untuk berada dalam antara syarikat terbesar dan menggerakkan hasrat kami untuk mendorong usaha yang dipacu perhubungan awam yang kreatif dan meninggalkan kesan serta mengutamakan sosial.

“Industri komunikasi sedang berubah dengan pesat dan keutamaan saya adalah untuk memastikan Ogilvy PR kekal mendahului dalam memastikan kejayaan perniagaan dan jenama pelanggan kami.”

Ibu seorang anak itu pernah diiktiraf sebagai Karyawan Muda Asia Tenggara pada 2014, serta pernah terlibat dalam pelbagai kempen yang memenangi anugerah dalam dan luar negara.

Sementara itu, Cik Nurulyaqin akan meneruskan peranan kedua dalam memimpin usaha pemasaran dan komunikasi Islam di rantau ini, bekerjasama dengan jenama antarabangsa untuk mendekati pengguna Muslim serta industri yang tertumpu pada pasaran Muslim untuk menarik pelanggan bukan Muslim.

Menurut kenyataan tersebut, pelantikan terkini itu adalah sebahagian daripada komitmen Ogilvy PR untuk memupuk bakat dan generasi pelapis selepas Cik Emily Poon mengambil jawatan kepimpinan serantau syarikat itu sejak 2021. Cik Poon, Presiden Ogilvy PR, Asia Pasifik, menyifatkan Cik Nurulyaqin sebagai pemimpin yang didorong nilai dan calon pengganti yang terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >