Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma pes tempatan rancang jual makanan Singapura di Dubai

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



Syarikat-syarikat pengilang makanan halal di Singapura sedang rancak mengembangkan perniagaan mereka. Mereka meneroka pasaran baru untuk ditembusi selain memanfaatka wadah digital bagi meningkatkan capaian pelanggan. BERITA HARIAN (BH) menemu ramah mereka.




SYARIKAT pengeluar pes halal, Wahyu Brand kini sedang giat meluaskan perniagaan ke Dubai dan merancang membuka sebuah dapur pusat 'cloud' di Dubai.



Mereka merancang menggunakan pes-pes mereka untuk menghasilkan makanan Singapura seperti rendang dan ayam masak merah di sana.



Idea itu diberikan oleh agensi pemerintah, Enterprise Singapore (ESG) selepas Wahyu Brand menyertai antara sebuah pameran dagangan makanan terbesar di dunia, Gulfood di Dubai Februari lalu.



Mengongsi rancangan itu, pengurus penjualan Wahyu Brand, Encik Mohd Rafiq Abdul Karim, menyatakan Dubai akan menjadi pasaran luar negara ketiga selepas syarikat itu menembusi pasaran Malaysia dan Brunei.



"Kami menyertai Gulfood buat pertama kali tahun ini bagi meneroka pasaran Timur Tengah, khususnya Dubai. Apa yang kami dapati ialah kebanyakan orang-orang Arab tidak mengetahui makanan Melayu seperti rendang dan ayam masak merah. Justeru, ia agak sukar untuk kami menjual pes-pes siap segera kami di sana," kata Encik Rafiq.



Hasil pertemuan dengan wakil ESG, mereka menyarankan untuk syarikat itu membuka sebuah dapur 'cloud' di Dubai bagi menggunakan pes-pes itu dan memasak hidangan Melayu tersebut untuk dijual.



"Seperti di Singapura, khidmat penghantaran makanan di rumah seperti Deliveroo banyak digunakan di Dubai. Ramai penduduk yang menempah makanan dalam talian untuk dihantar ke rumah mereka terutama dalam musim panas. Kita boleh pasarkan itu di bawah makanan Singapura dan menjualnya menggunakan jenama Wahyu,'' tambah beliau.



Hasil pertemuan dengan beberapa penduduk Singapura di Dubai, mereka juga mengenali jenama Wahyu dan sering membawa balik produk-produk Wahyu apabila ke Singapura.



Menurut Encik Rafiq, ketika ini syarikat itu sedang meninjau beberapa lokasi bagi menempatkan dapur mereka di Dubai dan memohon mendapatkan lesen-lesen yang diperlukan.



Syarikat itu akan memanfaatkan geran-geran disediakan pemerintah seperti geran Bantuan Persediaan Pasaran (MRA) oleh ESG, yang menyokong firma ke pasaran luar negara. Geran itu menyokong sehingga 70 peratus daripada kos yang layak.



Produk-produk Wahyu seperti sambal belacannya sudah pun dijual di pasar raya seperti Jaya Grocer di Malaysia.



Wahyu Brand telah berpindah ke kilang dan gudang lebih besar di Admiralty FoodXchange yang membolehkan syarikat itu meluaskan lebih banyak produk dan menembusi lebih banyak pasaran.



Dalam temu ramah dengan Berita Harian sebelum ini, pengasas dan pemilik Wahyu Brand, Encik Norhashim Hassan, menyasarkan agar penjualan syarikat mencapai $2.5 juta tahun ini, dari $2.2 juta pada 2020.



"Dalam tempoh lima tahun mendatang, kami berharap lebih banyak warga Singapura lebih tahu dengan jenama Wahyu. Khidmat makanan kami akan membesar dan mempunyai lebih ramai pelanggan. Kami juga akan cuba mengeksport ke negara lain. Sekarang kami sudah berjaya masuk ke pasaran Malaysia dan Brunei,'' kata Encik Norhashim.



Bermula daripada menjual rempeyek dari rumah bersama isterinya pada 2004, mereka kini menjual empat jenis rempeyek, lapan jenis sambal seperti sambal belacan, sambal hijau dan sambal kicap dan 10 jenis pes seperti asam pedas dan rawan.




"Kami menyertai Gulfood buat pertama kali tahun ini bagi meneroka pasaran Timur Tengah, khususnya Dubai. Apa yang kami dapati ialah kebanyakan orang-orang Arab tidak mengetahui makanan Melayu seperti rendang dan ayam masak merah. Justeru, ia agak sukar untuk kami menjual pes-pes siap segera kami di sana."
- Pengurus penjualan Wahyu Brand, Encik Mohd Rafiq Abdul Karim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >