Topik diikuti
Pergi ke BHkuFirma produk pencuci Perancis dapat sijil halal
Premium
Firma produk pencuci Perancis dapat sijil halal
Langkah seterusnya tembusi pasaran antarabangsa
Firma produk pencuci Perancis dapat sijil halal
TEMBUSI PASARAN HALAL: Encik Fabrice Chifflot (dua dari kanan) bersama perunding cara halalnya, Encik Zuraimi Jumaat (kiri), serta kakitangannya (dari kanan) Cik Misliyah Mawazi, Encik Benoit Goldschmidt dan Encik Sayod Mohd Saim, di kilang Orapi di Tuas. - Foto JOHARI RAHMAT -
Apr 24, 2015 | 5:30 AM
APABILA syarikat berbilang negara (MNC) dari Perancis, Orapi Applied (S) Pte Ltd, mendapat sijil halal bagi beberapa produk pencuci di Singapura, timbul persoalan mengapa langkah itu diambil.
Tetapi, bagi Pengarah Urusan Orapi, Encik Fabrice Chifflot, keputusan itu diambil memandangkan permintaan besar yang diterima daripada syarikat yang memerlukan cecair pencuci halal bukan sahaja di Singapura malah luar negara.
