Firma S'pura digesa terus jalani transformasi, menyerantau: See Leng
Premium
Firma S'pura digesa terus jalani transformasi, menyerantau: See Leng
Program eksekutif global baru sediakan sumber bantu syarikat jalani pertumbuhan
Dec 17, 2022 | 5:30 AM

JADI PERUSAHAAN GLOBAL: Dr Tan See Leng berkata langkah mengembangkan perniagaan di luar negara akan membolehkan syarikat setempat mengatasi batasan pasaran domestik kecil dan mempelbagaikan sumber pendapatan. Beliau hadir di acara pelancaran Program Eksekutif Global Singapura (SGEP) semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -
MESKIPUN terdapat ketidaktentuan dalam ekonomi sejagat, perusahaan Singapura mesti meneruskan usaha transformasi dan pertumbuhan, dan langkah mengembangkan perniagaan di luar negara adalah penting untuk mengatasi batasan pasaran domestik kecil dan mempelbagaikan sumber pendapatan.
Demikian kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, yang mengumumkan pelancaran sebuah program baru bagi membantu syarikat Singapura memperkukuh keupayaan perniagaan dan membentuk lebih banyak syarikat menjadi perusahaan global.

