Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma S’pura lebih positif terhadap prospek separuh kedua: Tinjauan BT-SUSS

Aug 10, 2023 | 03:17 PM



Firma Singapura lebih positif terhadap prospek perniagaan bagi enam bulan akan datang berbanding suku tahun sebelumnya, walaupun pesanan produk terus turun pada suku kedua, berdasarkan tinjauan terkini Business Times – Iklim Perniagaan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (BT-SUSS).


Prestasi perniagaan lebih stabil pada suku kedua. Berdasarkan tiga penunjuk prestasi yang dipantau, baki bersih keuntungan dan penjualan tidak berubah berbanding suku lalu. Hanya baki bersih atau perniagaan baru terjejas – merosot 17 mata peratus kepada 38 peratus.

Baki bersih adalah perbezaan antara saham firma yang ada peningkatan dan firma yang alami kemerosotan berbanding setahun lalu. Baki bersih positif menunjukkan perkembangan sementara baki negatif menunjukkan penurunan.

Baki bersih bagi penjualan ialah – 25 peratus pada suku kedua – tidak berubah daripada suku lalu. Ini merupakan penurunan penjualan tiga suku berturut-turut.

Secara keseluruhan, sikap negatif semakin berkurang pada suku kedua.

Ketua pakar ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, berkata hasil tinjauan sejajar dengan tinjauan jangkaan perniagaan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi dan Jabatan Statistik yang menunjukan firma dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan lebih yakin dengan keadaan perniagaan dalam enam bulan akan datang.

Dapatan tinjauan juga konsisten dengan anggaran pertumbuhan suku kedua yang menunjukkan bahawa Singapura berupaya mengelak kemelesetan teknikal, kata ketua penyelidik makro Maybank, Dr Chua Hak Bin.

Data Indeks Pengurus Pembelian elektronik dan pembuatan terkini juga menunjukkan pembaikan sederhana pada Julai, walaupun masih menurun. Ini menjadi petanda ekonomi Singapura mungkin merosot pada separuh tahun pertama, kata Cik Ling.

Walaupun separuh tahun kedua kelihatan lebih baik bagi sektor perkhidmatan, Cik Ling berkata “ia mungkin bukan trajektori yang lancar, dan akan bergantung pada China untuk mengeluarkan insentif dasar tambahan atau lebih agresif tanpa ketegangan geopolitik yang meningkat yang boleh mengakibatkan kelembapan ekonomi.”

Dalam pada itu, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan berkaitan hospitaliti seperti penginapan serta sektor perkhidmatan makanan dan minuman bakal menikmati prospek positif dengan kembara antarabangsa kian kembali normal. Pelancong China mula berkunjung ke sini di samping adanya acara skala besar seperti perlumbaan Formula Satu.

Dr Chua juga menjangka pertumbuhan akan lebih kukuh pada suku ketiga – antara 0.8 peratus dengan 1.3 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >