Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Foodpanda kurangkan 5% pekerja dalam usaha kekal daya saing

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT penghantaran makanan foodpanda bakal melepaskan 5 peratus daripada 1,200 pekerjanya di Singapura sebagai sebahagian usaha untuk kekal berdaya saing - hanya beberapa bulan selepas ia melancarkan ibu pejabat serantaunya di Singapura.



Ia menjejas sekitar 60 pekerjanya, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Seorang jurucakap syarikat itu berkata syarikat induknya yang berasal dari Jerman, Delivery Hero, mempunyai objektif jelas iaitu untuk meraih keuntungan sebelum faedah, cukai dan penurunan nilai aset (Ebitda) yang positif.



Disebabkan itu, terdapat "keperluan penting" untuk mengurangkan kos demi mencapai keuntungan untuk kekal menjadi berdaya saing, kata jurucakap itu.



Menurut laporan tahunannya, nilai Ebitda Delivery Hero mengalami kerugian besar yang mencecah AS$888.8 juta ($1.25 bilion) tahun lalu, namun syarikat itu telah mencapai paras balik modal suku kedua tahun ini.



foodpanda memilih Singapura sebagai ibu pejabat serantaunya serta hab teknologi globalnya Julai lalu dengan melancarkan sebuah pejabat di Robinson Road.



Syarikat itu tidak memberi respons kepada pertanyaan berkenaan berapa ramai orang telah diberhentikan di Singapura, termasuk peranan dan demografik pekerja terjejas pemberhentian itu.



Pemberhentian pekerjaan itu dilaporkan 2 September lalu menerusi wadah berita teknologi DealStreetAsia, yang merujuk kepada beberapa sumber berkenaan isu itu.



Menurut laporan tersebut, foodpanda telah memotong 5 peratus pasukan serantaunya yang berpangkalan di Singapura minggu lalu.



Laporan itu menambah, firma itu membuat pengumuman ia akan melepaskan 150 kakitangannya, atau 20 peratus bilangan pekerjanya di Filipina, sebagai tambahan pemberhentian pekerjanya di Thailand.



Namun ST melaporkan syarikat itu masih mencari pekerja bagi mengisi jawatan pemasaran dan media, serta menawarkan latihan di LinkedIn.



foodpanda berkata ia mengambil "keputusan berat untuk mengecilkan beberapa pasukannya" dan ia sedang menyokong pekerjanya untuk melalui peralihan tersebut menerusi program bantuan pekerja serta manfaat insurans diperluas.



"Kepada rakan kerja kami yang terjejas, kami ingin meminta maaf, kami telah membuat mereka kecewa; kami akan sentiasa menghargai sumbangan dan dedikasi mereka kepada foodpanda," kata jurucakap itu.



foodpanda menguasai 37 peratus bahagian pasaran sektor penghantaran makanan di Singapura dan mempunyai lebih 10,000 pekerja penghantaran di platformnya pada permulaan tahun lalu.



Syarikat terbesar sektor itu adalah Grab yang menguasai lebih 50 peratus perkongsian pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >