Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Foodpanda lancar ibu pejabat serantau dan akademi teknologi di S'pura, lantik pengarah urusan baru bagi S'pura

Jul 19, 2022 | 08:13 PM



KHIDMAT penghantaran makanan foodpanda telah menetapkan Singapura sebagai ibu pejabat serantaunya, dengan pejabatnya di sini menampung seramai 1,200 kakitangan merentasi operasi tempatan dan serantau, serta hab teknologi globalnya.



Semasa pelancaran khidmat tersebut pada Selasa (19 Februari), syarikat itu juga mengumumkan Akademi teknologi foodpanda PowerUp! untuk meningkatkan kemahiran bakat teknologi tempatan dan penunggang, serta membantu peniaga mendigitalkan perniagannya.

Ia akan menjalankan program untuk bakat teknologi dengan kerjasama pemerintah dan institusi pengajian tinggi.



Foodpanda juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi.



Akademi itu juga akan menawarkan kursus bagi penghantar gig dan inisiatif untuk membantu peniaga untuk menggunakan peralatan digital.



Pada Selasa, foodpanda turut melantik pengarah urusan baru Singapura, Encik Lawrence Wen, yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam sektor makanan dan minuman, teknologi, perundingan dan perkhidmatan kewangan.



Bekas pengarah urusan Singapura, Encik Luc Andreani, telah mengetuai operasi Jepun foodpanda sejak Jun 2021, menurut profil LinkedInnya.



Dimiliki oleh syarikat Jerman, Delivery Hero, foodpanda pertama kali dilancarkan di Singapura pada 2012. 



Syarikat tersebut telah menggunakan negara kota itu sebagai tempat ujian bagi pandamart, rangkaian kedai penghantaran sahaja, serta pandago, perkhidmatan penghantaran hingga ke rumah.



Foodpanda dan Delivery Hero Ventures, cabang pelaburan induk foodpanda, telah melaburkan lebih $120 juta dalam syarikat pemula niaga Singapura, Flash Coffee, Toku dan Omnistream.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >