Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Gaji CEO DBS dipotong 30% ekoran gangguan khidmat digital

Feb 07, 2024 | 03:03 PM



Pendapatan berubah-ubah 2023 bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Encik Piyush Gupta, dan anggota lain dalam jawatankuasa pengurusan kumpulan itu, telah dipotong kerana mereka dianggap turut memikul tanggungjawab ke atas siri gangguan perkhidmatan digital bank itu pada 2023.

Encik Gupta menerima potongan gaji lebih besar sebanyak 30 peratus, yang berjumlah $4.14 juta, kata DBS pada 7 Februari dalam satu penyata pendapatan suku keempat 2023.

Beliau meraih pendapatan sebanyak $15.4 juta pada 2022.

Secara kolektif, anggota jawatankuasa pengurusan DBS mendapati pendapatan berubah-ubah 2023 mereka dikurangkan sebanyak 21 peratus daripada 2022, walaupun bank itu mencatat keuntungan paras tertinggi pada 2023, menurut The Straits Times (ST).


Namun, dalam usaha membantu pekerja bergaji rendah mengharungi kos sara hidup lebih tinggi, pekerja muda di seluruh kumpulan itu – yang membentuk separuh jumlah kakitangannya – akan menerima bonus sekali sahaja.

Sejumlah $15 juta diperuntukkan untuk bonus itu bagi 2023.

Dalam kenyataan itu, DBS turut menjelaskan ia memberi tumpuan penuh bagi mengatasi masalah itu, dan memperuntuk sebanyak $80 juta untuk menambah baik teknologinya.

Usaha tersebut akan membolehkan bank itu mengambil tindakan awal dengan lebih baik apabila gangguan kepada khidmatnya dijangka berlaku, menyediakan saluran alternatif kepada pelanggan bagi urusan pembayaran dan pertanyaan akaun semasa insiden gangguan, serta mengurangkan masa pemulihan, ujar bank tersebut.

Akibat siri gangguan di DBS pada 2023, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan agar DBS berhenti selama enam bulan daripada membuat perubahan teknologi maklumat (IT) yang tidak penting. 

Ia juga diarahkan tidak memperoleh perniagaan baru dalam tempoh itu.

Pakej gaji Encik Gupta sebanyak $15.4 juta pada 2022 terdiri daripada gaji $1.5 juta, bonus tunai $5.77 juta, dan pendapatan tertunda dalam bentuk tunai dan saham sebanyak $8.04 juta.

Komponen bukan tunai, merangkumi faedah keanggotaan kelab, kereta dan khidmat pemandu bernilai $80,529 juga termasuk dalam pakej gajinya, menurut laporan tahunan bank itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >