Premium
Gaji median pekerja setempat naik 2.1% bagi tahun ini
Peningkatan lebih kukuh bagi pekerja bergaji rendah walau di tengah-tengah inflasi tinggi
Dec 2, 2022 | 5:30 AM
DR TAN: Pentingnya bagi Singapura mempunyai tenaga kerja yang lebih berdaya saing serta berdaya tahan. -
WALAUPUN negara berdepan dengan inflasi lebih tinggi, pertumbuhan pendapatan median sebenar telah meningkat 2.1 peratus tahun ini berbanding 0.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Peningkatan ini lebih kukuh buat pekerja bergaji rendah di persentil ke-20, yang menyaksikan pendapatan sebenar mereka - merujuk kepada pertumbuhan pendapatan yang diselaraskan bagi inflasi - tumbuh sebanyak 4.8 peratus, iaitu lebih cepat berbanding tahun sebelumnya dan sebelum Covid-19.

