Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaji tahunan ketua SIA naik 20.6% kepada $8.1j

Jul 1, 2024 | 6:41 PM
Pakej ganjaran bagi CEO SIA, Encik Goh Choon Phong, terdiri daripada gaji asas $1.4 juta, bonus $2.2 juta, saham SIA bernilai $4.3 juta, dan pelbagai faedah bernilai hampir $148,000.
Pakej ganjaran bagi CEO SIA, Encik Goh Choon Phong, terdiri daripada gaji asas $1.4 juta, bonus $2.2 juta, saham SIA bernilai $4.3 juta, dan pelbagai faedah bernilai hampir $148,000. - Foto ST

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Airlines (SIA), Encik Goh Choon Phong, menikmati kenaikan gaji sebanyak 20.6 peratus kepada $8.1 juta bagi tahun kewangan 2024, sedang pendapatan syarikat penerbangan Singapura itu mencecah paras tertinggi.

Menurut laporan tahunan SIA yang dikeluarkan pada 1 Julai, pakej ganjaran Encik Goh terdiri daripada gaji asas sebanyak $1.4 juta (atau 18 peratus daripada jumlah ganjarannya), bonus $2.2 juta (27 peratus daripada pakej ganjaran), saham SIA bernilai $4.3 juta, dan pelbagai faedah bernilai hampir $148,000.

Beliau menikmati gaji lebih tinggi itu sedang SIA mencatat keuntungan bersih paras tertinggi sebanyak $2.7 bilion, naik 24 peratus bagi tahun kewangan 2024, berbanding $2.2 bilion bagi tahun kewangan 2023.

SIA turut memberi bonus perkongsian keuntungan berjumlah hampir lapan bulan gaji kepada kakitangannya yang layak, lapor The Straits Times (ST).

Sebagai perbandingan, pakej ganjaran Encik Goh bagi tahun kewangan 2023 berjumlah $6.7 juta, terdiri daripada gaji asas $1.1 juta, bonus $3 juta, saham SIA bernilai $2.5 juta, dan pelbagai faedah bernilai $146,000.

Dua “orang kanan” Encik Goh, iaitu, ketua pegawai komersial SIA, Encik Lee Lik Hsin; dan ketua pegawai operasi (COO) SIA, Encik Tan Kai Ping, masing-masing menerima jumlah ganjaran antara $3.5 juta dengan $3.75 juta bagi tahun kewangan 2024.

Setiap daripada mereka mendapat ganjaran antara $2.75 juta dengan $3 juta bagi tahun kewangan 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg