
GANGGUAN kepada perkhidmatan digital Bank DBS yang berlaku hanya lebih setahun selepas insiden serupa pada November 2021 tidak boleh diterima, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Dalam responsnya, MAS - pengawal selia kewangan negara ini - berkata ia mengambil serius kebolehpercayaan sistem kritikal IT bank dan DBS kurang memenuhi jangkaan MAS untuk mengekalkan ketersediaan sistem pada tahap yang tinggi. MAS menambah bahawa ia telah mengarahkan DBS menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan punca utama gangguan dan melaporkan dapatan kepada pengawal selia itu. "MAS akan mengambil tindakan menyelia yang setimpal selepas mengumpulkan fakta-fakta penting," kata MAS. DBS memberitahu MAS awal pagi Rabu bahawa pelanggannya mengalami kesukaran log masuk ke perkhidmatan perbankan digitalnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg