Gangguan Nets pada 2 Feb berlaku akibat kesilapan manusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gangguan Nets pada 2 Feb berlaku akibat kesilapan manusia

Feb 13, 2018 | 5:11 PM

Gangguan Nets pada 2 Feb berlaku akibat kesilapan manusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

GANGGUAN khidmat Nets pada 2 Februari lalu berlaku disebabkan kesilapan manusia semasa pengendalian sistem itu dan bukan kerana isu keselamatan atau risiko sistemik, menurut syarikat pembayaran elektronik Nets.

"Kami telah selesai siasatan terhadap sebab kejadian itu dan menyimpulkan bahawa kejadian itu berlaku akibat kesilapan manusia semasa sistem pengendalian yang mengganggu hubungan Nets EFTPOS (Pemindahan Dana Elektronik di alat Point of Sale) bagi bank-bank yang menyertai sistem itu,'' ujar kenyataan itu.

Gangguan selama sejam itu bermakna pengguna tidak dapat melaksanakan sebarang urusan pembayaran atau tokokan wang tunai.

Nets mengumumkan kepada pelanggan mengenai gangguan itu pada jam 2.27 petang pada hari itu dan khidmat itu pulih semula jam 3 petang, sejam selepas ia terganggu.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan ia memandang serius terhadap kejadian itu yang menjejas sistem pembayaran kritikal seperti khidmat EFTPOS yang dioperasikan oleh Nets.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg