Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Geran bagi rintis sistem simpanan tenaga terapung

Oct 27, 2020 | 05:30 AM



PENGUASA Pasaran Tenaga (EMA) dan Keppel Offshore & Marine (Keppel O&M) sama-sama menganugerahkan geran penyelidikan untuk merintis sistem simpanan tenaga (ESS) terapung yang pertama di Singapura.



Projek itu, yang dijangka selesai dibina pada 2023, diberikan kepada konsortium yang diterajui Envision Digital International Pte Ltd (Envision Digital).



Geran itu adalah sebahagian daripada kerjasama $10 juta antara EMA dengan Keppel O&M untuk membangunkan huraian tenaga inovatif dalam sektor marin yang diumumkan pada April lalu.



Keppel O&M akan bekerjasama dengan konsortium itu untuk mengerahkan ESS bateri ion litium 7.5 MW/7.5MWh di Makmal Kehidupan Terapung atau Floating Living Lab (FLL) syarikat itu.



Ini akan menjadikannya pengerahan ESS terbesar Singapura sejauh ini, dengan kapasiti mencukupi untuk memberi kuasa kepada lebih 600 flat HDB empat bilik sehari, menurut EMA dan Keppel O&M dalam kenyataan bersama semalam.



Ketua Eksekutif EMA, Encik Ngiam Shih Chun, berkata sistem simpanan tenaga dan sistem pengurusan tenaga bijak menyokong pengerahan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui di Singapura.



"Projek ini akan membuka laluan untuk mengatasi isu kekangan tanah kita, dan menetapkan rangka kerja bagi pengerahan serupa pada masa depan.



"Kami berharap dapat terus mencipta bersama lebih banyak huraian tenaga sedemikian bersama industri sedang kami berusaha ke arah masa depan tenaga lebih mampan untuk Singapura," kata beliau.



Oleh sebab cuaca panas dan lembap Singapura boleh menjejas prestasi ESS, tapak uji itu akan menggunakan huraian penyejukan cecair inovatif yang menggunakan air laut untuk menyejukkan sel bateri dan meningkatkan kitaran hayat ESS.



ESS itu juga akan meneroka huraian bateri bersusun yang pertama di Singapura, yang berpotensi mengurangkan jejak tanah yang diperlukan bagi pengerahan sehingga 40 peratus.



Dapatan projek itu dijangka digunakan bagi ESS di tanah besar Singapura, yang akan membantu menyokong kemantapan dan ketahanan grid kuasa, dan mempermudahkan penggunaan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui seperti suria.



Di samping itu, ESS di FLL Keppel O&M itu akan disepadukan dengan sistem pengurusan tenaga bijak (SEMS) untuk meningkatkan kecekapan operasinya.




1: Panel suria



2: Sistem Simpanan Tenaga



3: Tangki Gas Asli Cecair (LNG)



4: Pancarongga untuk bunker



5: Enjin berkeupayaan hidrogen




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >