Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Geran lebih besar, tempoh sokongan dilanjut bagi syarikat setempat

Oct 12, 2020 | 11:05 AM
28d56e34-a100-4d17-945b-75e110f7226b
- THE STRAITS TIMES

BEBERAPA geran akan dipertingkat dan skim pinjaman dilanjut mulai bulan depan (November) untuk membantu perniagaan setempat memperkukuh keupayaan teras dan merebut peluang pertumbuhan semasa pandemik Covid-19.

Mengumumkan sokongan yang dipertingkat bagi perniagaan itu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata ia bukan sahaja untuk membantu syarkat setempat bertahan semasa pandemik Covid-19 ini, malah bertujuan membantu mereka berubah dan muncul lebih kukuh daripadanya.

Bermula bulan depan, Geran Bantuan Persediaan Pasaran (MRA) akan dilanjutkan untuk membiayai kos bagi perniagaan yang menyertai pameran dagang maya, dengan pendanaan dipertingkat daripada 70 peratus kepada 80 peratus.

Geran Pembangunan Perniagaan (EDG) dan Geran Huraian Produktiviti (PSG) pula dilanjutkan sembilan bulan mulai 1 Januari tahun depan. Geran-geran ini antara lain boleh digunakan untuk menam

pung sehingga 80 peratus kos syarikat yang menjalani transformasi dengan berinovasi dan untuk membeli huraian yang menambah produktiviti.

Skim pinjaman yang bertujuan membantu syarikat menambah modan aliran tunai, seperti Program Pinjaman Penyambung Sementara (TBLP) dan Skim Kewangan Syarikat Tempatan (EFS) Dipertingkat bagi pinjaman perdagangan pula akan dilanjutkan lagi enam bulan bermula 1 April tahun depan.

Dalam kenyataannya, Enterprise Singapore (ESG) berkata Skim Pinjaman Insuran (LIS) akan disepadukan dengan EFS bagi pinjaman perdagangan untuk mempermudah syarikat setempat mendapatkan pinjaman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg