GovTech: Awas SMS palsu minta Singpass diaktifkan semula
Premium
GovTech: Awas SMS palsu minta Singpass diaktifkan semula
Mar 17, 2022 | 5:30 AM
SATU PENIPUAN: SMS yang beritahu penerima bahawa akaun Singpass mereka telah luput dan perlu diaktifkan semula adalah satu penipuan. - Foto GOVTECH -
KHIDMAT pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu penerima bahawa akaun Singpass mereka telah luput dan perlu diaktifkan semula adalah satu penipuan.
Dalam kiriman di Facebook Isnin lalu, Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) berkata ia sedar akan penipuan baru itu dan memberi amaran kepada pengguna bahawa SMS tersebut mengandungi pautan kepada laman web palsu di mana pengguna diminta memberikan ID Singpass, kata laluan dan butiran pengesahan dua faktor (2FA) mereka.

