Topik diikuti
Pergi ke BHkuGrab atur langkah jimat kos hadapi ekonomi tidak tentu

Dec 17, 2022 | 5:30 AM
Grab atur langkah jimat kos hadapi ekonomi tidak tentu
SYARIKAT pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara, Grab Holdings, sedang mengambil langkah penjimatan kos untuk menghadapi situasi makroekonomi yang tidak menentu, kata ketua eksekutif syarikat itu kepada kakitangan Grab dalam satu memo.
Menurut memo itu, langkah tersebut termasuk pembekuan ke atas pengambilan pekerja, pembekuan gaji untuk pengurus kanan dan pemotongan bagi belanjawan perjalanan dan perbelanjaan.