Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab bakal gajikan 350 pekerja di S'pura bagi khidmat kewangan di Asia Tenggara

Feb 25, 2021 | 08:53 PM



SYARIKAT teknologi Grab akan menggajikan sekitar 350 pekerja lagi di Singapura tahun ini bagi membantunya mengendalikan khidmat kewangan di Asia Tenggara.



Kakitangan baru ini juga akan membangun perniagaan bank digital pengendali khidmat e-panggilan Singapura ini dan menyokong perusahaan mikro dalam proses transformasi digitalnya.



Grab berminat mendapatkan pekerja yang memiliki kemahiran dalam kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, sains data, kejuruteraan sofwe serta pengurusan dan rekaan produk.



Mereka dijangka akan dilibatkan dalam projek memperbaiki keupayaan pedagang menyediakan produk lebih baik dan menepati cita rasa pelanggan.



Pekerja ini juga akan berusaha memperbaiki pengalaman pengguna ketika memanfaatkan aplikasi GrabMerchant yang membantu syarikat memanfaatkan sepenuhnya operasi mereka, mengurus jualan serta mengendalikan tempahan dan kiriman makan serta stor.



Daripada sejumlah 350 pekerja itu, sekitar 200 orang akan dikerahkan bagi perniagaan bank digital yang diumumkan konsortium Grab-Singtel pada Disember.



Konsortium tersebut adalah satu daripada dua pemohon yang berjaya mendapatkan lesen bank digital sepenuhnya di sini. Ia merancang melancarkan bank digital itu secara rasmi pada awal 2022.



Sedang Grab tidak dapat menganggarkan berapa ramai warga Singapura akan mengisi 350 jawatan baru itu, jurucakapnya berkata, "Kami akan berusaha menarik warga Singapura dan memikirkan kemungkinan menggajikan mereka berdasarkan merit".



Usaha menggajikan pekerja baru ini diumumkan pada Khamis (25 Februari) di acara menandatangani Memorandum Penyataan Hasrat (MOI) antara Grab, Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dan insiatif pemerintah, Industri Digital Singapura (DISG).



Acara itu diadakan di pejabat Grab di Marina One.



DISG adalah pejabat bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore dan IMDA yang berurusan rapat dengan sektor teknologi.



Di bawah MOI itu, Grab akan menyokong ekosistem teknologi Singapura menerusi pembangunan bakat teknologi syarikat itu dan keupayaan kajian dan pembangunannya di sini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >