Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab peroleh Trans-Cab

Jul 20, 2023 | 03:43 PM



Syarikat pengangkutan khidmat kereta sewa peribadi, Grab, telah memperolehi syarikat pengendali teksi ketiga terbesar di Singapura, Trans-Cab.

Grab mengumumkan perjanjian yang telah ditangani itu pada Khamis, dengan anak syarikatnya, Grab Rentals, memperolehi 100 peratus saham Trans-Cab.

Pemerolehan itu – yang difahamkan melibatkan sekitar $100 juta – termasuk bagi kira-kira 2,200 teksi dan lebih 300 kenderaan sewa peribadi yang dimiliki Trans-Cab.

Pengarah Urusan Grab Singapore, Encik Yee Wee Tang, berkata langkah itu merupakan satu padanan strategik dengan hasil yang bermanfaat bagi semua pihak.

Tambahnya, dengan lebih ramai pemandu menggunakan wadah itu, pengguna juga boleh menjangkakan khidmat yang lebih pantas dan diyakini.

Dalam pada itu, pengurus besar Trans-Cab, Cik Jasmine Tan, berkata pemerolehan itu akan membantu Trans-Cab mencapai peralihan digital yang akan membantu memastikan pemandu teksinya dapat kekal berdaya saing.

Ini menjadikan Trans-Cab syarikat teksi pertama di Singapura yang diperoleh oleh Grab, yang telah berusaha memperoleh syarikat pengendali teksi sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2017, Grab telah berbincang untuk membeli teksi SMRT tetapi tidak berhasil.

Pada 2022, syarikat itu juga mengadakan perbincangan dengan pengendali teksi terkecil di Singapura, Prime Taxi, namun ia juga tidak berhasil.

Trans-Cab memasuki pasaran teksi 20 tahun lalu apabila pemerintah melaksana perubahan kepada industri untuk meningkatkan persaingan. Dalam tempoh 10 tahun, ia berkembang menjadi firma teksi kedua terbesar di sini, mengambil alih kedudukan SMRT Taxis, yang dimiliki syarikat pengendali kereta api MRT.

Namun pada awal 2023, SMRT Taxis – yang jenamanya diubah menjadi Strides – memperoleh Premier Taxis, dan secara keseluruhan, jumlah kenderaan yang mereka miliki sekarang adalah sekitar 2,500 kenderaan, melebihi jumlah kenderaan yang dimiliki Trans-Cab.

Syarikat teksi ComfortDelGro kekal sebagai pengendali teksi paling besar di Singapura dengan sekitar 8,800 teksi, atau membentuk lebih 60 peratus teksi di pasaran.

Syarikat pengangkutan Grab, yang turut menjalankan perniagaan lain seperti penghantaran makanan, kewangan, insurans dan bayaran, telah mengalami kerugian sejak 2012. Tetapi, satu sumber dalaman mendakwa bahawa perniagaan kenderaan sewa peribadi lebih menguntungkan.


Pada Jun, Grab memberhentikan lebih 1,000 pekerja, jumlah pemberhentian paling tinggi. Angka itu membentuk 11 peratus daripada tenaga kerjanya, dan menyusuli pemberhentian pekerja pada 2020 yang menjejas sekitar 5 peratus kakitangannya.


Pengasas bersama Grab, Cik Tan Hooi Ling, juga akan mengundur diri menjelang hujung tahun. Terkini, saham syarikat itu didagangkan pada AS$3.51 ($4.64), turun daripada paras tinggi melebihi AS$16 ($21.16) pada lewat 2021.


Menerusi laman Facebook beliau, Cik Yeo Wan Ling, penasihat Persatuan Teksi Nasional (NTA), berkata pemerolehan Trans-Cab oleh Grab merupakan perkembangan penting dalam industri pengangkutan itu.

“Dengan lebih banyak pilihan perjalanan pengangkutan dan penggunaan teknologi inovatif, pemandu Trans-Cab akan kekal berdaya saing dan melihat penambahbaikan kepada mata pencarian mereka dengan pemerolehan ini.

“Semasa tempoh peralihan, NTA akan bekerjasama dengan rakan kerja pengurusan kami daripada Grab dan Trans-Cab berhubung keprihatinan pemandu kami,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >