Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab potong 1,000 jawatan, atau 11% jumlah pekerja

Jun 21, 2023 | 07:43 PM



Gergasi teknologi Grab, akan memotong sebanyak 1,000 pekerjaan atau sekitar 11 peratus bilangan pekerjanya, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berpangkalan di Singapura itu pada Selasa.

Firma terbesar dalam pasaran tempahan pengangkutan privet dan penghantaran makanan itu berbuat demikian demi menangani kos dan untuk memastikan ia mempunyai perkhidmatan dimampui pada jangka masa panjang.

Dalam satu surat dihantar kepada pekerjanya lewat Selasa dan dilihat Reuters, Encik Anthony Tan berkata latihan pemberhentian pekerja itu, yang terbesar sejak pandemik, bukan satu “jalan pendek bagi mencapai keuntungan” tetapi satu rombakan organisasi strategik untuk menyesuaikan dirinya terhadap sekitaran perniagaan semasa.

“Perubahan tidak pernah berlaku dengan begitu pantas sebelum ini. Teknologi seperti AI (kecerdasan buatan) generatif sedang berkembang dengan begitu laju sekali. Kos kapital telah meningkat, sekali gus menjejas landskap persaingan,” katanya dalam surat itu.

“Kami perlu menggabungkan skala kami kepada pelaksanaan tugas yang tangkas, serta kepimpinan kos, agar kami dapat kekal menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang lebih berpatutan dan meningkatkan pendekatan kepada khalayak ramai.”

Encik Tan berkata tanpa pemberhentian pekerja itu, Grab telah menangani kos dan ia berupaya mencapai sasaran pulangan peringkat kumpulan sebelum mengira faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan pada 2023.

Aplikasi tempahan khidmat pengangkutan dan penghantaran gergasi itu yang ditubuhkan pada 2012 menawarkan pelbagai khidmat termasuk khidmat kewangan di sebanyak lapan negara Asia Tenggara.

Ini termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sahamnya naik 4.7 peratus sebelum pasaran selepas pengumuman Encik Tan kepada kakitangan syarikat itu.

Saham tersebut telah naik sehingga 5.6 peratus prapasaran, melanjutkan lagi peningkatan yang diraih terdahulu selepas agensi berita Bloomberg News melaporkan tentang latihan pemberhentian pekerja itu.

Pada Mei, Grab melaporkan kerugian suku AS$250 juta ($336 juta) namun menyatakan pendapatannya daripada suku pertama 2023 naik 130.3 peratus berbanding AS$525 juta setahun lalu.

Pada Februari, ia mengeluarkan ramalan pendapatan seluruh tahun yang lebih optimistik dan mempercepatkan jadual masa untuk mencapai keuntungannya.

Grab yang disenaraikan di Amerika, kali terakhir menjalankan langkah pemberhentian pekerja pada 2020.

Seramai 360 orang telah diberhentikan ketika itu sebagai respons terhadap kesan pandemik kepada perniagaan.

Ia mempunyai 11,934 kakitangan sehingga hujung 2022, termasuk 2,000 pekerja selepas ia memperoleh sebuah rantaian pasar raya pada 2022, kata laporan tahunannya.

Pada September tahun lalu, Grab berkata ia tidak mempunyai rancangan mengurangkan pekerja berskala besar meskipun keadaan di pasaran agak lemah.

Pada Disember, Encik Tan memberitahu kakitangan bahawa syarikatnya telah membekukan pengambilan pekerja baru serta peningkatan gaji bagi mereka yang memikul jawatan pengurus kanan, serta memotong bajet bagi perjalanan dan perbelanjaan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >