Guna wadah digital pasar hartanah sedang pemutus litar jejas pendapatan
Premium
Guna wadah digital pasar hartanah sedang pemutus litar jejas pendapatan
Beberapa ejen dapat meterai urus niaga sedemikian sejak langkah lanjut kawal Covid-19 itu bermula pada 7 April
May 9, 2020 | 5:30 AM
DENGAN menggunakan wadah digital untuk berhubung dan menunjukkan rumah idaman kepada bakal pembeli, ejen-ejen hartanah kian menyesuaikan cara baru memasarkan rumah walaupun mereka akur tempoh mencabar ini menjejas penjualan mereka daripada 40 hingga 70 peratus.
Walaupun agak sukar mendapatkan kepercayaan pelangan untuk menjual dan membeli rumah menerusi alam maya, beberapa ejen hartanah Melayu/Islam memberitahu Berita Harian (BH) bahawa mereka dapat memeterai beberapa urus niaga sejak pemutus litar bermula pada 7 April lalu.

