Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Hajah Maimunah tebar sayap lagi

Buka satu lagi gerai makan, Hajah Maimunah Mini, di Kopitiam Tampines Mall
Oct 23, 2020 | 05:30 AM



DALAM setiap krisis, ada peluang.



Sedang banyak perniagaan bergelut untuk bertahan dalam pandemik Covid-19, Restoran Hajah Maimunah meluaskan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi cawangan gerai.



Gerai makan berkonsep 'mini' di Kopitiam Tampines Mall itu adalah yang kedua dibukanya, selepas gerai serupa di pusat makanan Republic Food di City Square Mall. 



Pemilik bersama Mastura Didih Ibrahim menjelaskan usaha mengembangkan perniagaan Restoran Hajah Maimunah memang sudah lama dirancang.



Ini terutamanya bagi konsep gerai makan, yang dianggap lebih jimat kos, lebih-lebih lagi di tengah sekitaran ekonomi mencabar.



"Setelah membuka gerai makan pertama kami di City Square Mall beberapa tahun lalu, memang kami telah meninjau lokasi lain untuk membuka lebih banyak gerai makan.



"Kami pernah ditawarkan beberapa lokasi, tetapi mendapati ruang di Tampines Mall sesuai dengan jangkaan dan keperluan kami, jadi kami tidak melepaskan peluang ini," ujar Cik Mastura.



Menurutnya, dalam meluaskan perniagaan Restoran Hajah Maimunah - yang memiliki dua restoran utama di Joo Chiat Road dan Jalan Pisang - strategi syarikat itu buat masa ini ialah membuka gerai makan.



"Kami mahu terus mengekalkan dua cawangan restoran kami sebagai kedai utama. Oleh itu, kami memilih konsep gerai bagi peluasan kerana mendapati ia lebih mudah dari segi memberi tumpuan dan memerlukan pelaburan lebih rendah berbanding membuka kedai atau restoran penuh.



"Dengan bekerjasama dengan rakan lain, dalam hal ini Kopitiam, semua prasarana sudah ada, misalnya mereka sudah memberi sokongan dari segi renovasi dan konsultan dapur.



"Makanya, separuh kerja kami sudah diuruskan. Kami tidak perlu memikirkan semua itu dan hanya fokus pada menyediakan produk dan berniaga sahaja," jelas Cik Mastura..



Modal pelaburan bagi membuka gerai makan sekurang-kurangnya separuh lebih rendah daripada restoran penuh, menurut beliau.



Cik Mastura juga berkata langkah meluaskan perniagaan itu diambil dengan membuat penelitian kewangan penuh berhati-hati.



"Awal dari ini kami menerima tawaran membuka kedai di bahagian utara Singapura. Dari segi lokasi, memang baik sekali dan kami tertarik.



"Tetapi selepas membuat kira-kira, kami mendapati modal yang diperlukan agak tinggi. Walaupun lokasinya baik, dalam meluaskan perniagaan kami harus bersikap realistik dan tidak mahu menanggung banyak hutang," ujarnya.



Dari segi cabaran, Cik Mastura berkongsi bahawa sambutan terhadap gerai makan lebih sukar dijangka.



"Misalnya, respons terhadap gerai baru ini jauh lebih menggalakkan daripada jangkaan dan pada waktu tengah hari sahaja, stok makanan hampir habis.



"Jadi, kami harus mengambil stok makanan dari dapur pusat, dan selanjutnya perlu meneliti corak perbelanjaan pengguna agar dapat membuat persediaan lebih baik.



"Beroperasi di pusat makanan juga bermakna kami harus mematuhi peraturan tertentu, misalnya tidak boleh jual sajian yang sudah ada dijual.



"Pada masa sama, kami harus seimbangkan ini dengan jangkaan pelanggan tetap kami apabila ke gerai kami," terang beliau, sambil berkata jumlah pekerja di gerai itu akan ditambah daripada tujuh kepada 10 orang ekoran respons baik.



Langkah peluasan seterusnya juga sudah diatur, dengan rancangan membuka kedai baru di Bangunan Hong Leong Januari tahun depan.



Kedai yang boleh memuatkan sekitar 30 orang itu akan dikendalikan di bawah dewan makan The Basement.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >